Doktor gigi tak ambil makanan ini, bagaimana dengan anda?

Rata-rata orang mengambil makanan tanpa memikirkan kesan buruknya pada gigi.

Apakah makanan ini sebenarnya? Mengapa ia boleh merosakkan gigi hingga doktor gigi juga tidak mahu menyentuh makanan ini.

FMT Ohsem senaraikan makanan ‘perosak’ gigi yang patut dielakkan.

Bertih jagung

Menurut doktor gigi dari New York, makan bertih jagung akan menyebabkan gigi retak. Ia juga boleh menyebabkan gusi bengkak apabila sisa bertih jagung tersekat di celah-celah gigi.

Buah kering

Memang sedap dapat menguyah prun atau mangga kering, tetapi tahukah anda snek ini memberi kesan buruk pada gigi. Bukan hanya kerana kandungan gula yang tinggi, tetapi juga ia penyebab kaviti.

Air manis

Pendedahan pada gula atau susu secara berterusan selama 1 jam atau lebih menjadikan air liur anda susah untuk melawan gula dan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut.

Air liur adalah pelindung gigi kita yang paling hebat, pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan ia tidak kekal neutral.

Biji-bijian

Kepada pengemar kuaci dan kacang, snek ini boleh menyebabkan keretakan pada gigi. Gigi hadapan juga mudah menjadi jarang.

Air lemon panas

Pasti pernah dengar air lemon boleh mengantikan kopi sebagai minuman pagi. Tapi seeloknya fikir dahulu sebelum mengambil minuman ini kerana asid pada lemon boleh menghakis enamel gigi. Bukan itu sahaja, kerap mengambil makanan berasid juga boleh mendatangkan kesan yang sama.

Ais batu

Sesiapa yang suka menguyah ais batu, hentikan tabiat ini secepat mungkin! Ais tidak bagus untuk enamel gigi dan mengunyahnya akan memberikan tekanan yang boleh membuat gigi retak.

Minumana bertenaga

Minuman bertenaga adalah super asid dengan pH rendah serta mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia akan memberi kesan kepada semua bahagian gigi dan menggalakkan pertumbuhan kaviti.

Coklat kismis

Coklat adalah snek kegemaran semua orang tak kira umur, tetapi ia tidak boleh makan terlalu banyak kerana tidak elok untuk kesihatan. Begitu juga kismis.

Ini kerana kandungan gula dalam kismis lebih banyak dan ia melekat di celah-celah gigi.

Gummy bears

Semua jenis gula-gula gummy bear perlu dielakkan oleh semua orang. Kandungan gula serta asid dalam makanan ringan ini hanya akan menambah kaviti!

Apa yang penting adalah rajin gosok gigi. Jaga kebersihan mulut serta jangan lupa temujanji dengan doktor gigi anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]com