BN hormat MyPPP, kata pemimpin Umno

Tajuddin Abdul Rahman berkata BN hanya memberi kerusi kepada parti yang boleh menang.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan layanan Barisan Nasional (BN) terhadap bekas parti komponennya, MyPPP susulan dakwaan pemimpinnya bahawa parti itu dieksploitasi dan dikhianati.

Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas mendakwa BN tidak pernah membincangkan peruntukan kerusi dengan parti itu, yang sepatutnya mendapat 5 kerusi – kerusi parlimen Cameron Highlands dan 4 kerusi negeri lain.

Bagaimanapun, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata BN menghormati MyPPP walaupun parti itu tidak lagi mempunyai “ramai ahli”.

Beliau berkata ini dapat dilihat dalam sikap pemimpin tertinggi termasuk bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, selain veteran Umno dan ahli Majlis Tertinggi juga dekat dengan Kayveas.

“Adakah anda rasa mudah bagi BN berkongsi pentas yang sama dengan para pemimpin?

“Tetapi dia menerima penghormatan dari BN dan Umno. Beliau juga ahli Majlis Tertinggi BN,” kata Tajuddin kepada FMT.

Menurut Tajuddin, hubungan BN dengan Kayveas terjejas sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu, apabila MyPPP menegaskan partinya menuntut beberapa kerusi.

Ahli Parlimen Pasir Salak yang bersuara lantang itu berkata pemimpin MyPPP jelas mengenai keputusan parti untuk memberi calon hanya kerusi yang berdaya maju kerana mereka berdepan tekanan daripada pembangkang pada masa itu.

“Jadilah realistik: dalam pilihan raya umum, BN meletakkan calon yang boleh menang,” katanya.

Beliau menafikan BN mengetepikan mana-mana parti komponen kerana jumlah ahlinya, mengulangi “kami hanya memberi kerusi kepada parti yang boleh menang”.

Tajuddin berkata BN juga menghormati isteri Kayveas, Puan Sri Blanche O’Leary, dengan menjadikannya sebagai duta besar ke Finland.

Perkhidmatan O’Leary berakhir pada 30 Jun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.

Kayveas, yang pada mulanya mengumumkan hasratnya untuk bertanding di pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Jan, kemudian menyatakan sokongan terhadap calon PH M Manogaran.

Manogaran akan menentang calon BN, Ramli Mohd Nor dan calon Bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.