Satu kajian mendedahkan pilihan antara bergerak dan duduk dalam jangka masa yang lama dapat mempengaruhi jangka hayat hidup.
Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology baru-baru ini mendapati menggantikan 30 minit waktu duduk atau tidak bergerak dengan 30 minit aktiviti fizikal mengurangkan risiko kematian sehingga 17%.
Bahkan, jika 30 minit itu digantikan dengan olahraga ringan boleh mengurangkan risiko kematian sehingga 35%.
Ini bererti dengan mengurangkan duduk dapat memanjangkan umur!
“Jika anda menggantikan waktu duduk 30 minit dengan aktiviti senaman, seperti berjalan, maka ia dapat menurunkan risiko penyakit,” kata penyelidik Professor Keith Diaz dari Columbia University Medical Center.
Hasil ini diperolehi selepas menganalisis data dari 8 orang yang berusia 45 tahun atau lebih.
Aktiviti mereka diperiksa dari tahun 2009 hingga 2013 dan pengkaji mendapati hubungan antara duduk lama di satu-satu tempat dan bersenam.
Ia jelas membuktikan bergerak atau berolahraga memberikan manfaat untuk kesihatan berbanding duduk.
Diaz berharap menerusi penemuan ini, lebih ramai yang akan bergerak dan mengurangkan waktu duduk yang lama.
Anda masih duduk? Cepat bangun dan buat gerakan badan ringan atau pergi berjalan sebentar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]