Pembuat arak beras cipta produk eksotik, mahu luaskan pasaran

Ida dengan 2 botol lihing, sejenis arak manis dibuat daripada beras pulut, yang dijual di pasar Donggongon.

KOTA KINABALU: Di banyak tempat di dunia, beras pulut diperam untuk di jadikan arak.

Kaum Kadazandusun di Sabah tidak terkecuali. Arak buatan tempatan seperti lihing dan montoku menjadi minuman kegemaran dalam kalangan penduduk negeri ini.

Arak beras di Jepun, dipanggil sake, kini dijual dan dinikmati di seluruh dunia dan kejayaan ini mencetus bertambah banyak idea dalam kalangan pengusaha mereka.

Namun, apakah peniaga-peniaga arak dari luar Sabah memilih untuk membuat lining atau montoku yamg dicampur buah-buahan eksotik hutan sebagai minuman?

Stephanus Lucas dan Pison Jaujip merupakan dua orang pengusaha yang telah pun mencipta 5 perasa montoku, iaitu arak dibuat daripada beras putih.

Dua sahabat lama ini membuat eksperimen dengan mencampurkan arak mereka dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Setakat ini mereka berjaya mencampurkannya dengan pisang dan halia. Kini mereka mencuba pula dengan buah-buahan tempatan, bagi menghasilkan minuman luar biasa bagi pelanggan di luar Sabah,

Mereka tidak khuatir mencampurkan arak dengan buah-buahan yang mengeluarkan aroma seperti bau durian Borneo dan Sabah.
Mereka dapati bambangan, iaitu sejenis mempelam yang mempunyai bau seperti durian, laris.

“Kami juga jual monroku yang dicampur dengan tarap, sejenis buah seperti durian tetapi tidak begitu kuat baunya. Kami panggil nangka liar. Nama-nama eksotik menarik hati pelanggar, terutama para pelancong,” kata Stephanus.

Pison menjelaskan, sambutannya setakat ini menggalakkan.

“Kami boleh guna buah asing seperti epal dan oren, tetapi kami mahu ia kelihatan unik dan benar-benar mengekalkan imej Sabah. Ini sebahagian besar daripada strategi pemasaran kami,” katanya.

Mereka mempromosikan bahan jualan mereka melalui akaun Facebook Pison, yang dimulakan dengan saluran masakan dan kini mereka mempunyai 32,000 pengikut.

Mereka percaya produk mereka boleh laris di pasaran lebih luas disebabkan keunikannya.

Bagaimanapun, masih terdapat masalah asas.

“Kami tidak boleh jual produk tanpa lesen arak. Tiada lesen baru dikeluarkan sekarang. Kami harap kerajaan baru akan menarik balik penggantungan tersebut. Jika ini dilakukan, kami boleh jual di pub dan kembangkan perniagaan,”
kata Pison.

Arak Sabah mempunyai 13% ke 21% alkohol, lebih tinggi daripada arak komersial, iaitu 12%.

Stephanus and Pison sedar mereka perlu kreatif untuk memperkenalkan arak mereka.

“Disebabkan masalah lesen, kami cuba kreatif bagi menjelaskan pada botol itu ia mengandungi alkohol tanpa menggunakan perkataan alkohol.

“Jadi, kami sebut ‘minum secara bertanggungjawab’ atau ‘jus gembira’ pada labelnya,” jelas Pison.

Di masa ini, mereka jual di dalam talian. Kedai cenderahati juga sedia menjualnya. Para pelancong membeli sedikit kerana ingin tahu, tetapi bahagian besar daripada pelanggan mereka adalah warga tempatan.

Penampang terkenal dengan lihing, arak manis dibuat daripada beras pulut yang diperam, diminum sejuk atau dimasukkan dalam masakan. Sup ayam dengan lihing sangat digemari, bukan sahaja diminum perempuan yang dalam tempoh pantang, tetapi juga untuk menyembuhkan demam.

Penjual di pasar membeli daripada pembuat arak di kampung, sementara setengahnya memprosesnya sendiri.

Seorang daripada pembuatnya, Ida, memproses lihing di rumahnya sendiri hampir setahun lalu.

“Saya mahu tentukan rasanya sesuai dengan selera pelanggan untuk jadikan lihing saya terbaik di pasar ini,” katanya.

Ida, rakyat Sarawak yang kahwin dengan lelaki Kadazan berkata, dia belajar buat lihing dan montoku daripada mertuanya.

Dia jual sebotol lihing dengan harga RM15 di pasar dan mempunyai cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya itu.

FMT bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junc Wong apa kementeriannya buat untuk mempromosikan produk seperti arak beras kepada orang tempatan dan pasaran lebih luas.

“Ada banyak produk Sabah, tetapi banyak yang tidak diketahui pengguna. Saya ingat kedai dan pasar raya tempatam patut lebih bersemangat menjual produk Sabah,” katanya.

Dia juga menggalakkan usahawan menggunakan sosial media seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosikan produk tempatan.

Barangkali ini boleh dimulakan dengan pengeluaran kembali lesen alkohol yang digantung.

Pembungkusan juga mungkin perlu dibaiki sekiranya usahawan benar-benar ingin produk mereka menakluki pasaran dunia.

Buat masa ini, dia terpaksa berpuas hati araknya dijual dalam botol bir yang sudah digunakan.