Gara-gara tidak mahu kempunan merasai durian, seorang wanita di China sanggup mencekah dan menikmati buah tersebut sendirian selepas dihalang daripada membawa ‘raja buah’ memasuki kawasan stesen keretapi, di bandar Quzhou, China, baru-baru ini.

Gambar yang menunjukkan wanita itu sedang menikmati durian menjadi viral dan tersebar di laman sosial di China.

Walaupun terkenal di Asia, China menganggap durian sebagai sesuatu yang berbahaya dan tidak dibenarkan membawa buah berkenaan ketika menggunakan perkhidmatan awam di negara itu.

Kerana tidak mahu membazir kos membeli durian yang barangkali mahal, wanita terbabit sanggup meminjam sebilah gergaji bagi memudahkannya mencekah buah berkenaan.

Walaupun berseorangan, dia kemudian ‘berkelah’ menikmati durian terbabit di bandar Zheijiang sebelum memasuki ruang berlepas stesen berkenaan.