Hati berlemak adalah penyakit pengumpulan sel lemak di hati. Memandangkan hati berperanan mencerna racun dari tubuh maka penting untuk menjaga organ ini.

Penting untuk anda sentiasa awasi kesihatan hati. Lazimnya anda perlu menjaga kesihatan jantung, buah pinggang, usus tetapi terlupa pasal hati. Jangan cakap sakit hati tapi tak pernah buat pemeriksaan.

FMT Ohsem akan berkongsi 9 jenis makanan yang baik dan perlu dijauhi untuk kebaikan hati anda.

Bijirin Oat

Makanan yang banyak kandungan serat boleh membantu hati anda kekal sihat. Ia adalah cara yang terbaik memulakan hari. Pakar penyelidikan percaya bijirin oat boleh membantu mengurangkan berat badan dan lemak. Ia juga adalah cara yang terbaik untuk mencegah penyakit hati.

Jauhkan diri dari makanan berlemak

Kentang goreng dan burger adalah salah satu pilihan yang tidak baik untuk kesihatan hati. Makan terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan lemak akan membuatkan hati rosak dan tidak boleh melakukan kerja.
Keradangan hati yang berterusan boleh menyebabkan Sirosis.

Brokoli

Tambahlah sayur dalam diet agar hati kekal sihat. Brokoli adalah sejenis sayur yang boleh melindungi anda daripada penyakit hati berlemak. Makanlah brokoli walaupun rasanya tidak enak kerana ia elok untuk kesihatan hati anda semua.

Teh hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dipanggil katekin. Penyelidikan mencadangkan ia boleh melindungi anda daripada beberapa jenis kanser termasuk kanser hati. Anda akan mendapat lebih banyak katekin jika anda membuat teh sendiri dan meminumnya secara panas ataupun sejuk.

Air

Perkara terbaik untuk kekal sihat sepanjang masa adalah dengan meminum air. Jadikan  minum air sebagai rutin daripada mengambil minuman manis. Anda juga akan dapat mengurangkan berat badan jika minum air dengan banyak.

Kacang badam

Kacang badam diperkaya dengan vitamin yang sihat iaitu vitamin E, ia boleh menyembuhkan anda daripada penyakit hati berlemak.

Herba dan rempah ratus

Jika anda ingin melindungi hati dan jantung pada masa yang sama? Tambah sedikit oregano, sage dan daun rosemary dalam diet anda. Ia akan membantu mengurangkan kandungan garam dalam makanan yang anda ambil. Kayu manis, serbuk kari, dan jintan manis adalah bagus untuk di cuba.

Jangan…

Kopi

Bagi pengemar kopi, jika boleh kurangkan pengambilannya sepanjang hari kerana ia tidak sihat untuk hati anda.

Pengambilan gula

Jika anda kerap mengambil gula yang banyak, ia akan menyebabkan hati anda cepat rosak. Ini kerana hati anda akan memproses gula menjadi lemak sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak.
Kesan pada jangka masa panjang, anda mungkin akan mengalami penyakit hati berlemak yang sangat merbahaya untuk kesihatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]