Gambar Facebook

Dalam menyokong penggunaan basikal, kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini melancarkan ‘Foldies on Rapid’ yang memberi kemudahan kepada pengguna basikal lipat membawa naik pengangkutan itu ke dalam bas Rapid Penang.

Ia salah satu usaha kerajaan negeri dalam menggalakan penggguna mengamalkan gaya hidup sihat dalam masa sama menggunakan pengangkutan awam.

Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo amat berharap usaha itu membantu kerajaan negeri mencapai matlamat ke arah Pulau Pinang yang lebih hijau, bersih, selamat dan sihat.

“Sekiranya lebih ramai menggunakan basikal lipat dan menggunakan perkhidmatan bas awam, ia boleh mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian sekali gus mengurangkan kadar pelepasan karbon dan pencemaran,” katanya petik agensi berita tersebut.

Buat masa ini, 200 daripada 300 bas Rapid Penang menyediakan kemudahan yang membolehkan pengguna membawa naik basikal lipat ke dalam bas.

Gambar Facebook

Kira-kira 200 bas mempunyai ruang untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dengan sebuah bas mampu memuatkan 5 hingga 10 buah basikal lipat pada satu-satu masa.

Menariknya, tiada caj tambahan dikenakan kepada penumpang yang membawa naik basikal lipat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]