Jika sebelum ini, cengkerik, belalang, kala jengking, kumbang hanya diminati penduduk eksotik seperti Thailand kini ia diangkat menjadi trend antarabangsa.

Terbaru hidangan tersebut dilihat semakin diminati masyarakat di Jepun apabila permintaan terhadapnya meningkat ekoran beberapa mesin vending yang menjual serangga mula membanjiri bandar Kumamoto, selatan Jepun.

Memetik Livedoor News, mesin yang menjual lebih 10 jenis serangga termasuk reptilia mula dikunjungi ‘peminat’ sejak Oktober lalu

Kebanyakan serangga tersebut jual dengan harga bermula RM26 hingga RM48 seekor mengikut jenis masing-masing.

Lebih unik lagi, perniagaan menjual serangga tersebut berjaya meraih pendapatan sebanyak 500,000 yen iaitu RM18,700 dalam tempoh sebulan menempatkan mesin tersebut.

Fuh, hebat betul citarasa orang Jepun ni!

Serangga-serangga tersebut bukanlah hidangan tempatan Jepun tetapi diimport dari pelbagai negara termasuk Thailand.

Seorang penduduk, Tomoda Toshiyuki berkongsi pengalamannya berkata, pada awalnya dia enggan membenarkan isterinya mendekati mesin menjual serangga tersebut.

Bagaimanapun perasaan itu berubah selepas kali pertama mencuba cengkerik yang menyerupai rasa udang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]