Ethiopia ampun lebih 13,000 pengganas, pengkhianat

Kerajaan Ethiopia menjalankan pengampunan selama 6 bulan di bawah peruntukan undang-undang anti-keganasan. (Gambar AFP)

ADDIS ABABA: Dalam tempoh 6 bulan lalu kerajaan Ethiopia mengampunkan lebih 13,000 orang yang dituduh atau disabitkan melakukan pengkhianatan atau keganasan.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan kira-kira 30,000 orang termasuk pelajar, pemimpin pembangkang, wartawan dan penulis blog ditahan susulan bantahan besar-besaran pada 2015.

Pengampunan selama 6 bulan itu diperkenalkan untuk mereka yang berada di bawah peruntukan undang-undang anti-keganasan.

“Seramai 13,200 orang diberikan sijil pengampunan,” menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara.

Berikutan pembebasan tahanan politik baru-baru ini juga, Parlimen pada Khamis mengikiraf 2 kumpulan pemisah iaitu Barisan Pembebasan Oromo dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Ogaden serta gerakan pembangkang “Ginbot 7” yang sebelum ini dilabel kumpulan pengganas.

Kerajaan juga sedang berbincang dengan ahli politik pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil untuk membuat pindaan ke atas undang-undang anti-keganasan.