Gambar Altantuya dengan 2 lelaki dipamer di mahkamah palsu, kata sepupu

Burmaa Oyunchimeg (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu gambar 2 lelaki bersama Altantuya Shaariibuu yang dipamerkan di mahkamah adalah palsu.

Sepupu wanita Mongolia itu, Burmaa Oyunchimeg berkata, satu gambar diambil di Paris pada 2005 dan ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya adalah berbeza walaupun orang yang sama berada dalam gambar itu.

“Apabila saya kata 2 lelaki itu kelihatan sama, ia bermaksud 2 dua lelaki yang sama dalam posisi yang sama, bersama sepupu saya, Altantuya,” katanya ketika disoal peguam Sangeet Kaur Deo.

Peguam, Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili penganalisis politik Abdul Razak Baginda, memberitahu mahkamah, terdapat laporan salah mengenai gambar tersebut dalam laman sosial.

Katanya, ada yang menyamakan gambar palsu tersebut dengan yang ditunjukkan oleh Altantuya kepada Burmaa di Mongolia pada 2005.

Semalam, Burmaa memberitahu mahkamah, dia melihat gambar sepupunya, Razak dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Paris.

“Saya ingat saya lihat sekeping gambar yang ada 3 orang, 2 lelaki dan Altantuya. Saya tanya dia (iaitu Altantuya) siapa mereka dan dia beritahu seorang adalah timbalan perdana menteri dan seorang lagi Razak, yang bekerja dengannya (Najib) dan mereka usahakan perniagaan bersama,” jelas Burmaa.

Altantuya dibunuh pada 2006 di kawasan hutan Puncak Alam, dekat Shah Alam, Selangor. Dia ditembak di kepala dan tubuhnya diletupkan.

Dua orang polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang menjadi pengawal peribadi Najib ketika itu, didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dikenakan hukman mati.

Razak, pembantu Najib ketika itu, didakwa bersubahat dengan kedua orang polis tersebut tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan anak Altantuya, Mungunshagai, menamakan Razak, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai pihak membela diri.

Keluarga tesrebut mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhan Altantuya dan menuntut RM100 juta kerosakan, termasuk tuntutan tanggungan.

Dalam pemeriksaan balas oleh Manjeet mengenai gambar palsu itu, Burmaa berkata itu gambar yang paling “worst” (teruk) pernah dilihatnya.

“Dalam gambar yang ditunjuk kepada saya oleh Altantuya, ketiga mereka sedang senyum,” katanya.

Burmaa berkata penyiasat pribadi Ang Chong Beng yang dilantik Altantuya untuk mengesan Razak, memberitahu, Altantuya membawa gambar itu ketika datang ke Kuala Lumpur pada Oktober 2006.

Burmaa berkata, dia hanya melihat gambar palsu dalam internet selepas dia memberi kenyatan dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya pada 2008.

Dia tidak mengenali wanita yang serupa Altantuya dalam gambar palsu itu.

“Dia bukan sepupu saya dan saya tidak kenal dia,” katanya.

Semalam, Burmaa memberitahu dia bertemu Razak bersama Altantuya 3 kali, iaitu di Hong Kong, Shanghai (China) dan Singapura antara Oktober 2004 dan Mac 2005.

Menjawab soalan hari ini, Burmaa berkata, dia yakin bagaimana rupa Razak.

Manjeet: Mengapa kamu perlu tanya Altantuya siapa lelaki dalam gambar itu?

Burmaa: Itu kesilapan saya dalam kenyataan saksi.

Manjeet: Awak berbohong.

Burmaa: Saya bersumpah.

Manjeet berkata, Burmaa kenal Razak selepas berjumpanya, tetapi apabila Altantuya menunjuk gambar tersebut, Burmaa bertanya siapa lelaki itu.

Burmaa berkata, apa yang dia maksudkan adalah dia tidak kenal seorang lagi lelaki (Najib) dalam gambar itu.

Mengenai perkata lain, Burma berkata, dia menghantar mesej kesat dari Hong Kong kepada penyiasat pribadi P Balasubramaniam selepas Altantuya diculik di luar rumah Razak di Damansara pada 18 Oktober 2006.

Dia berkata: “You sick f***s. Dengar saya baik-baik. Saya akan hubungi isterinya (isteri Razak) dan lapor kepada konsular (Mongolia) ke Malaysia. You chicken s***s dalam masalah besar. Saya akan lakukan yang terbaik, saya berjanji.”

Burmaa berkata, dia tidak tahan marah akibat kehilangan Altantuya, tetapi dia tidak selalu begitu

Perbicaraan di depan hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok.