Manogaran tak puas hati calon BN tak sahut cabaran debat

M Manogaran berkata Ramli Mohd Nor tak patut jadi calon kalau tak boleh datang berdebat.

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan, M Manogaran membidas calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor kerana tidak menyertai debat terbuka di Cameron Highlands malam tadi, walaupun Ramli sebelum ini berkata dia tidak akan menyertainya.

Debat anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 itu untuk calon-calon berbahas mengenai isu-isu setempat.

Dua calon bebas, Salehuddin Abdul Talib dan Wong Seng Yee menyertai acara itu.

Manogaran kecewa Ramli tidak hadir malam tadi.

“Saya rasa dia kurang berani. Dia tak patut jadi calon. Dia mungkin tak berada di Parlimen (kalau menang),” katanya semasa berdebat.

Ramli sebelum ini berkata dia tidak melihat keperluan untuk menyahut cabaran itu.

“Apa yang mahu didebatkan? Mereka mengugut tidak bayar gaji orang saya. Kenapa saya perlu debat?” katanya pada 12 Januari lepas, merujuk kepada kenyataan kontroversi Senator PKR, Bob Manolan Mohamad.

Debat yang dipengerusikan oleh Prof Madya Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berdebat mengenai hak Orang Asli, alam sekitar dan rasuah.

Manogaran menekankan kepentingan pembangunan mampan di semua sektor termasuk pelancongan, pertanian, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan.

Beliau berkata kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk membantu penduduk Cameron Highlands maju sama ada ia tewas atau menang.

“Tetapi kalau saya ahli Parlimen anda, saya akan desak Putrajaya dengan lebih kuat,” katanya.

Manogaran mahu pastikan tanah Orang Asli dilindungi dan kecewa dengan taktik BN “memainkan isu kaum dan agama” untuk menang undi.

Salehuddin pula bimbang dengan isu sosial di Cameron Highlands, mengatakan peneroka Felda terperangkap dalam debat yang diwarisi dari generasi pertama.

Beliau berkata kanak-kanak Orang Asli perlu diberi pendidikan secukupnya bagi menghentikan kitaran kemiskinan.

Wong pula berkata Cameron Highlands perlukan dasar yang betul untuk melindungi alam sekitar dan membantu kemajuan petani.

Beliau berkata sebahagian besar daripada 2,200 petani tidak dapat membaharui pajakan dan tidak mampu melabur dalam teknologi.

Beliau mahu kerajaan persekutuan dan negeri mencari satu penyelesaian menang-menang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi petani dan Orang Asli.