Seseorang yang tidak mampu mengawal kemarahan boleh memakan diri sendiri, dan tiada bergunanya kesal kemudian.

Perasaan marah boleh membuatkan seseorang kehabisan tenaga dan menjadikan mereka dalam keadaan tidak menentu. Tidak semua kemarahan itu dapat di atasi dengan cara yang sihat.

Namun ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengawal emosi dan amarah seperti yang dipetik di laman Mayo Clinic.

1. Cari ruang

Cari ruang yang mempunyai udara segar atau tempat yang tenang untuk mengelakkan diri daripada tertekan dalam permasalahan itu.

Cara ini boleh membuatkan anda tenang dan berfikir secara jelas sebelum membuat keputusan.

2. Komunikasi

Kena bijak menyampaikan kemarahan secara jelas dan tegas tapi jangan terlalu agresif. Terangkan alasan yang membuatkan anda marah dan apa yang anda inginkan daripada pihak tersebut.

Jika sukar diluahkan dengan kata-kata, luahkan dengan menulis seperti emel atau pesanan. Bagaimanapun, lebih baik hal seperti ini diselesaikan secara bersemuka.

3. Tarik nafas

Melakukan aktiviti fizikal dapat membantu melepaskan tegangan dan mengembalikan tenaga. Amalan senam seperti aerobik, pilates, yoga, zumba, melibatkan diri dalam kelas tarian atau seni mempertahankan diri misalnya, dapat membantu melepaskan hormon endorphin dan mengembalikan mood yang hilang.

4. Kaunseling

Dalam keadaan amarah yang terlampau atau luar kawalan, sebaiknya dapatkan bantuan pihak luar.

Lazimnya kita boleh dapatkan khidmat pakar psikologi atau kaunselor untuk menanggani emosi yang sukar diatasi. Mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan isu psikologi mampu membantu anda memberi penyelesaian selain kaedah mengawal emosi dengan lebih baik.

5. Pindahkan kemarahan tersebut

Jangan sama sekali memendam perasaan marah dalam hati sehingga ia berlarutan untuk tempoh masa yang lama. Perbuatan itu boleh menjadi dendam dan mengundang penyakit kepada diri sendiri.

Jika perasaan marah itu masih tidak dapat dikawal, sehinggakan wujud keinginan mencederakan seseorang, lampiaskan kemarahan itu kepada bantal atau benda yang lembut. Elak sakiti orang lain apa lagi diri sendiri kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian.