Penggemar buah durian di Malaysia pasti tidak akan ketinggalan menikmati kelazatan buah durian tersebut.
Selain Malaysia, buah ini juga diminati rakyat seluruh dunia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, China dan sebagainya.
Bagaimanapun, durian spesies ‘Musang King’ yang dikatakan paling mahal harganya berbanding durian lain iaitu sekitar RM50 hingga RM80 per kilogram menjadi sambutan orang ramai kerana rasanya yang sedap berkrim dan mempunyai tekstur lembut.
Jangan terkejut jika ‘Musang King’ bukan lagi durian termahal kerana di Indonesia terdapat sejenis buah durian dijual dengan sangat mahal iaitu RM4,000 lebih sebiji.
Dipetik dari Tribun News, durian dikenali ‘J-Queen’ dijual dengan harga Rp14 juta sebiji lebih kurang dalam RM4,000 dijual di Plaza Asia, Tasikmalaya.
Menurut laporan, pada hari pertama durian ‘J-Queen’ dipasarkan, pihak pasaraya hanya memaparkan 2 daripada 4 buah durian ‘J-Queen’ tersebut.
Menariknya ia buah durian tersebut laris dijual pada hari yang sama.
Durian ‘J-Queen’ diasaskan di Indonesia oleh seorang lelaki bernama Aka,32.
Matlamat Aka adalah untuk membuat spesies durian bermutu tinggi dan durian J-Queen dikatakan mempunyai isi buah berwarna emas, berjaya mencapai keseimbangan sempurna dengan rasanya begitu manis.
Selain itu, 95% durian ‘J-Queen’ tidak mempunyai biji.
Pokok durian ‘J-Queen’ boleh berbuah 3 tahun sekali. Satu pohon hanya mampu menghasilkan 20 biji durian ‘J-Queen’ yang sempurna tanpa benjol atau lonjong bulat.
Kajian menunjukkan buah durian J-Queen memerlukan masa 4 tahun untuk membiak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]