Bermulanya cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang kampung selain bercuti bersama sekeluarga selepas bertungkus-lumus di pejabat.

Tapi melihat jiran-jiran di kiri dan kanan yang sudah mula bercuti pasti akan terdetik jika kawasan rumah akan sunyi dan berlaku kecurian dan pencerobohan.

Kini dengan peredaran masa, anda tidak perlu bimbang kerana boleh memaklumkan ketiadaan anda sekeluarga terus kepada pihak polis berdekatan.

Semuanya melalui aplikasi yang dikenali Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang dibangunkan untuk membanteras jenayah.

Aplikasi yang dibangunkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu merupakan inisiatif baru polis dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Jom ketahui serba sedikit mengenai aplikasi canggih ini.

1. Muat turun aplikasi VSP di telefon

Aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Playstore dan IOS App Store bagi pengguna IPhone dan anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu.

Muat turun aplikasi VSP boleh dibuat melalui pautan dibawah:

Apple IOS

https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8&fbclid=IwAR07xfW0KRLnW2lNQvPfPafNN85HgF8LlGWYXmIMTyHuY5WyzA-rGp8gGlY

Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&fbclid=IwAR0cjRrTtgFJsG6UbA6reIBdyCTi72lnRuTk55kiFKsQWfqiZiI0zE9hzZE

2. Isi borang maklum balas melalui aplikasi

Dunia semakin moden, anda tidak lagi perlu ke balai polis untuk memaklumkan anda akan meninggalkan rumah untuk bercuti atau balik kampung, sebaliknya isi borang maklum balas balik kampung menerusi aplikasi VSP dengan mudah dan pantas.

3. Polis akan membuat rondaan

Melalui maklumat tersebut, pihak polis membuat rondaan dan pemantaun secara berkala. Setiap rumah yang dilawati akan diberikan notis lawatan sebagai bukti rumah telah dipantau.

4. Aduan lain

Selain memaklumkan maklumat balik kampung, penduduk juga boleh melaporkan atau membuat aduan lain seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, atau lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

5. Eratkan hubungan

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis.

6. Tanam sifat bertanggungjawab

Dapat menanamkan sifat tanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat.