Dr Amalina dedikasi anugerah untuk Malaysia dan ibunya

Sebut sahaja nama Dr Amalina, pasti semua mengenali si cantik manis yang popular sejak di bangku sekolah apabila pernah menggemparkan negara kerana memperoleh 17A ketika menduduki SPM pada 2004.

Baru-baru ini, Dr Amalina membanggakan tanah air apabila menerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Twitter miliknya yang menyatakan dirinya baru sahaja menerima anugerah berkenaan kelmarin.

Muat naik itu disambut baik oleh pengikutnya yang lebih 1,500 kali retweet perkongsian tersebut selain 45,000 menekan tanda suka di laman Instagramnya.

Menerusi kapsyen di Instagram, doktor muda berusia 32 tahun itu mendedikasi anugerah yang diterima kepada negara tercinta dan tidak lupa untuk ibunya, Sabariah Hassan.

Sebelum ini, beliau juga tersenarai sebagai antara 10 pakar pelatih surgikal terbaik United Kingdom.

Malah, kejayaan itu dijangka menjadi perkongisan terakhir doktor muda yang mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari Twitter kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

Beliau kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]