Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Seram, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter direkodkan melanda Seram, Indonesia pada 3.36 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 10km itu dilaporkan berlaku di 252km selatan dari Sorong, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu.