Setiap kali menjelang perayaan pasti akan muncul iklan-iklan menarik sempena meraikan kedatangan sambutan tersebut.

Bagi syarikat-syarikat gergasi di negara ini, kedatangan perayaan ini merupakan peluang untuk melonjakkan nama syarikat dengan iklan yang mewakili syarikat mereka.

Menariknya iklan-iklan tersebut bukan sekadar ‘menjual’ nama malahan membawa mesej tertentu yang bersesuaian dengan makna sebenar disebalik perayaan berkenaan.

FMT Ohsem menyenaraikan 5 iklan menarik sempena Tahun Baru Cina 2019

1. TNB -The ONG-est hours

Mengisahkan 4 saudara berasa bosan tanpa aktiviti ‘makan besar’ bersama keluarga pada malam Tahun baru Cina, lantas mencari helah untuk keluar rumah.

Situasi memuncak apabila generasi lebih berusia termasuk nenek dan bapa saudara turut mencari helah dengan pelbagai taktik menghalang golongan muda daripada beredar sebaliknya menghabiskan masa lebih lama Bersama keluarga di dalam rumah.

2. PLUS CNY 2019 #BuahTangan #IkhlasDaripadaPLUS

Mengisahkan mengenai watak Ah Boy yang terpaksa mengikut bapanya pulang ke kampung dan di sepanjang perjalanan dia berasa terganggu dengan karenah bapanya yang banyak kali berhenti kerana mahu membeli belah di RnR di sepanjang laluan lebuh Raya PLUS. Namun malang menimpa mereka apabila kenderaan mengalami masalah tetapi dibantu oleh kakitangan PLUS. Di akhir iklan, Ah Boy sedar keterujaan bapanya dan kepentingan untuk ‘memberi’ hadiah dan kuih-muih kepada sanak-saudara.

3. Maxis CNY 2019 – Dooit For Family

Mengisahkan kisah masalah kekeluarga yang menghadapi kekalutan kewangan. Namun mereka kembali bergabung sempena kedatanganTahun Baru Cina. Ia turut mengetengah permainan Maxis Dooit for family yang akan dibuka mulai 4 Feb hingga 19 Feb menyediakan wang tunai sehingga RM188,000 untuk dimenangi.

4. RHB – Tampil kepercayaan sebagai asas kekeluargaan

Memaparkan kisah hidup perjalanan Chai “Mushi” Yee Fung dalam usaha beliau mencapai cita-citanya sebagai seorang atlet e-sukan. Iklan ini menekankan kepercayaan watak tersebut dan ibu bapanya terhadap cita-cita bermula pada zaman remaja sehingga menjadi salah seorang pemain esukan tempatan paling berjaya.

Tonton – RHB Group Memilih Kisah Hidup Mushi Sebagai Elemen Utama Iklan Tahun Baru Cina 2019 Mereka

5. CIMB – Meraikan secara bersama adalah kesempurnaan sebenar

Mengisahkan watak Wong, seorang pemilik restoran yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan ketelitian dalam hidup. Dia juga seorang yang cerewet dan tidak mahu memberi peluang kepada orang lain. Namun pada hari makan malam besar, dia didatangi ketua keluarga Low. Low yang tidak dapat menahan lapar dan menggaulkan sendiri Yee Sang bersama orang lain di restoran sehingga ia bersepah, diikuti semua meja lain yang mula melakukan sama. Detik itu sekaligus menyedarkan Wong kepentingan untuk menyambut kekitaaan secara bersama dalam mengeratkan hubungan. Kesempurnaan sambutan adalah apabila diraikan bersama.

FMT Ohsem mengharapkan iklan tersebut bukan sekadar menghiburkan tetapi meninggalkan mesej mendalam. Selamat Tahun Baru Cina 2019

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]