Rumah yang bersih bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa. Namun proses untuk mengemas bukanlah tugas yang mudah, memerlukan kerjasama seluruh ahli dalam rumah berkenaan.

Mengemas bersendirian juga memerlukan ‘mood’ yang baik kerana jika tidak, pasti ada saja yang tidak kena pada pandangan kita.

Kini menerusi program ‘Tidying Up with Marie Kondo’ yang disiarkan di Netflix, tugas mengemas bukanlah sesuatu yang menyukarkan, ada sahaja idea-idea bernas yang diutarakan untuk memudahkan tugas mengemas.

Malah menurut survei, semakin ramai penonton yang mendapat inspirasi dengan gaya penyusunan yang dilakukan oleh Marie sekali gus menarik lebih ramai penonton.

Menyedari program tersebut memiliki ‘peminat’ tegar yang ramai Neflix kini mengumumkan hadiah khas buat penonton yang mengikuti rancangan tersebut.

Netflix akan memilih pemenang bertuah berdasarkan penyertaan di Instagram dan mengumumkan dalam masa terdekat, jadi jangan lepaskan peluang jika anda berminat untuk merebut peluang tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah merakam gambar ruangan bilik atau objek yang berkaitan dengan konsep “spark joy” iaitu aturan kemas dan minimalis yang menjadi gaya mengemas Marie dalam rancangannya.

Gambar tersebut harus disertakan dengan kapsyen mengenai konsep dan hashtag, #SparkJoy di dalam kapsyen untuk memudahkan penganjur menilai gambar.

Sehingga kini, lebih 144,000 gambar dimuatnaik di Instagram untuk pertandingan tersebut. Cubalah, mana tahu nasib menyebelahi anda?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]