Adakah anda seseorang yang perlu mempunyai hidangan pedas pada setiap waktu makan, meskipun sudah tengah malam dan anda cuma ada sepaket pasta di rumah?

Jangan bimbang, resipi minyak cili rangup kami ada untuk selamatkan anda daripada makan makanan tawar!

Hanya dengan beberapa bahan mudah sahaja, minyak cili ini sesuai untuk dimakan dengan apa jua hidangan savouri, baik ikan kukus, sup ayam, mangkuk poke mewah atau mi segera.

Hanya letakkan satu atau 2 sudu kecil dan lihatlah bagaimana hidangan yang biasa-biasa sahaja menjadi suatu yang benar-benar rasa syok.

Bahan-bahan

125g cili kering
220g bawang putih, dikupas
50g gula
7g (1 ½ sudu kecil) garam
600ml minyak masak

Kaedah

Gunakan sebilah gunting untuk mempotong cili kering menjadi kepingan kecil.

Letakkan cili kering yang dipotong ke dalam penapis atau bakul berlubang dan goncang sehingga kebanyakan biji dikeluarkan.

Keluarkan biji

Pindahkan cili kering yang sudah dibuang biji ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan berkeruping seperti serbuk cili keping. Jangan kisar terlalu halus. Anda tidak mahu cili kering anda menjadi serbuk cili.Gunakan bekas kecil pengisar atau pemproses makanan anda.

Kisar sehingga menjadi kepingan cili sempurna

Cincang bawang putih. Hentak setiap ulas dengan bahagian leper pisau dan cincang kasar. Gunakan pisau mata lebar untuk hentak lebih banyak bawang putih dan cincang sekaligus!

Cincang bawang putih dan cincang kasar

Panaskan minyak masak di dalam kuali sehingga mencapai suhu 150°C atau sehingga hampir sedia untuk menggoreng. Masukkan bawang putih. Suhu minyak akan turun ke 95°C.

Masukkan bawang putih

Kacau untuk menggoreng bawang putih sehingga menjadi sedikit perang kira-kira 8 hingga 9 minit atau minyak mencapai suhu 130°C. Kikis bahagian tepi dan bawah kuali sekali sekala supaya tiada yang melekat.

Perang seperti ini sudah memadai

Masukkan kepingan cili dan terus mengacau untuk 2 minit.

Masukkan kepingan cili

Seterusnya, masukkan garam dan gula dan kacau hingga sebati. Kikis bahagian tepi dan bawah kuali semasa mengacau. Goreng selama 1 minit.

Masukkan garam dan gula

Minyak cili rangup anda sudah siap! Biarkan sejuk sebelum menghidang atau menyimpan.

Tip tambahan

Sediakan kuantiti minyak cili yang banyak supaya kerena ia boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Oleh sebab kondimen ini tahan lama, resipi ini sesuai untuk disediakan jika anda akan belajar atau melancong di luar negara dan memerlukan tambahan kepedasan makanan anda.

Pastikan anda bungkusnya dengan rapi supaya tidak tertumpah di atas pakaian anda!
Biar sejuk sepenuhnya sebelum menyimpan. Bekas kedap udara seperti balang adalah paling sesuai untuk menyimpan minyak. Simpan di tempat yang kering dan sejuk. Jangan simpan di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk cedok minyak ke dalam balang sekali. Minyaknya bukan untuk dibuang.

Jika anda merancang untuk menyediakan dan menyimpan minyak cili, pastikan bawang putih masak sepenuhnya. Bawang putih mentah yang disimpan dalam minyak boleh menyebabkan botulisme dan membuatkan anda sakit.

Lebih lama anda menyimpan minyak cili rangup ini, lebih gelap warnanya.

Minyak cili berusia 2 minggu di sebelah kiri berbanding minyak cili baru dibuat di sebelah kanan

Artikel ini pernah diterbitkan di www.butterkicap.com