MIDF: Inflasi turun, Indeks Harga Pengeluar terendah dalam 3 tahun

MIDF berkata, PPI Malaysia dijangka naik sebanyak 1.5% pada 2019.

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar Malaysia (PPI) yang mengukur harga dari perspektif penjual kini berada pada tahap terendah dalam tempoh 3 tahun, kata MIDF.

Badan penyelidikan itu berkata dalam satu nota bahawa inflasi pengeluar Malaysia turun lebih rendah hingga ke paras -3.7% pada Dis 2018 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ia merupakan penurunan paling besar direkodkan sejak awal Mac 2016. Ini umumnya disebabkan penurunan mendadak harga dalam sektor pembuatan sebanyak -2.6% dari tahun ke tahun.

Sektor pembuatan mewakili wajaran terbesar sebanyak 81.6% daripada jumlah keseluruhan PPI. Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mengalami kemerostoan 14 bulan berturut-turut dalam harga pengeluar. Antara lain, kemerosotan PPI selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia pada penghujung 2018.

“Sebagai petunjuk utama perubahan harga daripada perspektif konsumer, angka PPI terbaru mengisyaratkan bahawa inflasi umum akan terus rendah bagi suku pertama 2019,” kata MIDF.

Pengapungan semula harga minyak pada Jan 2019 akan menekan angka inflasi ke bawah di peringkat konsumer dan juga pengeluar, terutama berdasarkan harga tenaga dunia semasa kini.

MIDF berkata, kemerosotan PPI menunjukkan kemerosotan atau penyesuaian harga umum yang akan memberi kelegaan kepada kumpulan berpendapatan rendah dan merangsang perbelanjaan konsumer serta pelaburan industri.

Badan penyelidikan itu menjangka pencapaian perdagangan luar Malaysia serta pengeluaran industrinya terus berkembang dalam separuh tahun pertama berlatarbelakangkan persekitaran inflasi rendah dan permintaan berterusan sektor domestik dan asing.

Pada bulan akhir 2018, kebanyakan PPI di megara maju dan sedang berkembang menjadi sederhana. Kemerosotan harga tenaga dunia merupakan faktor utama yang menekan harga input. Misalnya PPI Thailand merosot -0.5% dari tahun ke tahun, angka paling rendah dalam 8 bulan, sementara Singapura merosot ke paras terendah dalam 10 bulan.

Dalam perkembangan sama, PPI China turun ke paras terendah dalam tempoh 21 bukan.

Melihat ke depan, MIDF menjangkakan penurunan berterusan PPI dunia, dalam keadaan harga tenaga dunia naik perlahan-lahan dalam suku pertama 2019.

PPI Malaysia dijangka naik sebanyak 1.5% pada 2019. Sebalik kesan asas rendah, MIDF menjangkakan tekanan inflasi daripada barangan berkait-minyak kan naik berdikit-dikit, selari dengan pemulihan sederhana harga minyak dunia dan permintaan yang kukuh daripada ekonomi maju dan sedang berkembang.