Polis bebas pasangan Rusia ‘lambung bayi’

Imej video menunjukkan lelaki Rusia melambung bayinya dalam satu pertunjukan akrobatik jalanan di Bukit Bintang.

PETALING JAYA: Polis membebaskan dengan jaminan pasangan Rusia yang ditahan kerana melambung bayi 4 bulan mereka dalam satu persembahan jalanan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, M GUnalan mengesahkan pembebasan itu, lapor NST Online hari ini.

Doktor juga telah memeriksa bayi tersebut dan mendapati dia sihat, tambah laporan itu.

Kes berkenaan di siasat oleh Pusat Penyiasatan Kanak-kanak Kebangsaan (D11).”

Pasangan tersebut yang berumur 27 dan 28 ditahan pada pukul 2.30 ptg semalam.

Pemeriksaan oleh FMT mendapati klip video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang lelaki melambung-lambung bayinya semasa satu pertujukan akrobatik jalanan adalah benar.

Isteri beliau kelihatan menyorak aksi itu semasa orang yang lalu lalang tampak tergaman.

Ketika dihubungi, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mikhail mempertahankan perbuatannya itu dengan berkata, ia merupakan gerakan akrobatik yang merupakan “senaman” untuk anak mereka.

Mikahil dan isterinya yang berada di negara ini atas visa pelancong selama sebulan mendakwa anak mereka menyukai “senaman” tersebut.

Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur turut mengkritik pasangan tersebut.

CNN melaporkan pertunjukan itu mungkin didorong oleh amalan kontroversi yoga dinamik bayi atau yoga hayunan bayi di Rusia.

Pasangan itu dikatakan baru tiba dari Thailand.