Hutang, umpama satu kewajipan yang perlu dibayar tiap bulan. Di Malaysia, kebanyakan hutang tertakluk kepada hutang kereta, rumah, pendidikan, pembelian barang dan sebagainya.

Kegagalan membayar hutang boleh membawa pelbagai masalah khususnya apabila berhutang dengan pihak bank. Tarikh bayaran atau lebih dikenali sebagai ‘due date’ perlu ditepati

FMT Ohsem menyenaraikan 6 cara terbaik untuk menguruskan hutang supaya selesa menjalani kehidupan harian tanpa diganggu ‘penggutip hutang’ dan urusan bayaran pula lebih terurus.

1.    Dapat gaji terus bayar

Setiap syarikat atau tempat kerja akan menetapkan tarikh tertentu untuk membayar gaji. Bagi kakitangan kerajaan pula 24 haribulan merupakan hari paling dinanti-nantikan, pasti membuatkan kita tersenyum lebar awal pagi lagi.
Tapi jangan lupa, hutang mesti didahulukan dengan mengagihkannya secara hemat. Setelah selesai bayar, bakinya anda boleh simpan untuk kegunaan sepanjang bulan.

2.    Penggera telefon

Gunakan kelebihan pada telefon pintar anda, selain dijadikan sebagai penggera untuk mengejutkan daripada tidur ia boleh gunakan untuk membuat peringatan kepada diri sendiri.
Taip apa yang perlu dijelaskan dan tandakan selepas selesai membayar, ini juga boleh dijadikan bukti pembayaran supaya anda tidak terkeliru kelak.
Ia dapat mengelakkan anda daripada terlepas pandang dan terlupa untuk membuat bayaran.

3.    Menulis di emel

Emel menjadi satu lagi elemen yang diperiksa setiap hari oleh kebanyakan orang terutama sekali mereka yang bekerja di pejabat atau terlibat dengan urusan dalam talian.
Jadi gunakan kemudahan e-emel untuk membuat peringatan kepada diri sendiri, dan letakkan penggera untuk memudahkan.
Apabila membuat peringatan menggunakan emel, anda juga boleh membayar terus hutang menggunakan kemudahan secara talian.

4.    Aplikasi Telefon pintar

Jadikan telefon pintar pelbagai kelebihan termasuk memuat naik aplikasi yang akan mengingatkan anda tarikh-tarikh penting.

Gunakan aplikasi tersebut untuk mencatatkan hutang seperti Remember The Milk (Android & iPhone) atau Google Allo (Android).

5.    Gunakan Fast notepad

Aplikasi ini bukan sahaja berguna untuk menulis artikel atau nota tapi gunakan untuk dibuat ingatan kepada diri sendiri dengan menulis senarai hutang yang perlu dijelaskan mengikut tarikh yang ditetapkan.

6.    Gunakan sampul

Lebihan sampul ataupun sampul angpau jangan dibazirkan, gunakan untuk asingkan duit tertentu untuk membayar hutang. Maklumlah jika duit diletakkan di satu tempat, mungkin menyebabkan kita rasa ’selesa’ dan membuatkan kita tidak menyentuhnya sehingga selesai bayar. Asingkan setiap sampul dan tulis kegunaannya seperti sampul bayar hutang kereta, hutang peribadi, insurans dan sebagainya.

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merancang membayar hutang. Bagaimana dengan anda? Kalau anda ada cara tersendiri yang lebih ‘power’ kongsikanlah bersama kami. Ia mungkin berguna kepada ramai.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]