Apa hadiah sesuai kepada teman wanita anda sempena Hari Kekasih yang disambut seluruh dunia minggu depan? Jika masih belum ada pilihan lagi cuba lihat laman web Nike. Mungkin ada sesuatu yang istimewa tahun ini.

Nike menampilkan hadiah istimewa sempena 14 Februari menerusi koleksi terbarunya, kasut tertutup dengan corak flora sekali gus menampilkan rekaan berbeza daripada koleksi-koleksi asal sebelum ini.

Koleksi kasut yang dimuatnaik dalam laman web jenama itu memuatkan corak bunga ros, teratai dan unsur flora yang lain dalam warna-warna seperti pink, ungu, hijau muda dan kuning.

Koleksi bercetak bunga yang didatangkan dalam warna hitam diperkenalkan dalam koleksi Nike Air Force 1 Low, ultra-high Vandal LX, Foamposite One dan Air Swoopes II dan menariknya logo Nike warna keemasan dipadan pada bahagian atas tali kasut berkenaan.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan antara RM491 sehingga RM950 dan boleh didapati bermula 14 Februari akan datang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]