SPRM panggil beberapa orang dalam siasatan kes RM90 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Menurut kenyataan SPRM, satu laporan polis dibuat orang awam semalam dan laporan berkenaan dirujuk kepada SPRM.

Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya.

Menurut sumber SPRM, beberapa individu akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.