Arab Saudi akhirnya tampil untuk membuka beberapa gua purba sebagai destinasi pelancongan dan lokasi bersejarah kepada pelancong asing bermula tahun ini.

Sebelum ini, ia hanya dibuka untuk umat Islam yang melaksanakan ibadah haji dan umrah kini kerajaan neara itu melantik Suruhanjaya Geologi Saudi (SGS) untuk memetakan gua-gua yang menarik untuk dikunjungi semua orang.

Menurut Lonely Planet, SGS menamakan 5 gua yang akan dibuka untuk pelancong dan pihaknya sedang membina jalan pelawat.

Pengarah SGS, Mahmoud Al Shanti bagaimanapun enggan mendedahkan lagi nama gua akan akan dibuka kelak.

Bagaimanapun SGS tegas dalam memastikan pelancong tidak “merosakkan” gua atau menyalah guna lawatan tersebut dan hanya dibenarkan mengambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan.

Tambah Al Shanti kesemua gua ini menjadi habitat hidupan liar seperti kelawar, dubuk, burun hantu dan serigala dan ia perlu dijaga tanpa gangguan pelancong dan sebaliknya.

Walaupun nama gua belum didedahkan, ada ura-ura menyatakan gua Karst As Sulb bakal dimasukkan ke dalam senarai destinasi pelancongan Arab Saudi.

Gua tersebut berada 200km dari ibu kota, Riyadh dan tarikan utamanya ialah kewujudan batu kapur terbesar di Arab Saudi.

SGS percaya dengan membuka gua purbakala ini kepada umum, ia akan menerima lebih sekitar 1,000 orang pelancong setiap tahun.

Jika anda yang bukan beragama Islam teringin untuk melawat gua ini kelak, anda kena dapatkan agensi pelancongan yang diiktiraf secara rasmi oleh SGS dan kerajaan Arab Saudi untuk melawat destinasi pelancongan semula jadi ini.

“Gua-gua ini berada di kawasan terpencil yang dihuni oleh penduduk setempat, mereka mesti bersedia menerima kehadiran pelancong asing.

“Selain pelancong, kami juga menjangkakan kedatangan penyelidik dan keadaan ini akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan,” kata Al Shanti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]