Berapa dividen boleh diharapkan dari KWSP untuk 2018?

PETALING JAYA: Pertengahan Februari adalah masa untuk perhitungan buat 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdebar-debar menunggu pengumuman dividen.

Bagi kebanyakan pencarum, KWSP satu-satunya sumber pendapatan mereka selepas bersara.

Jadi, apa yang kita boleh harapkan dari KWSP kali ini?

Menurut spekulasi, tabung simpanan tersebut besar kemungkinan membayar dividen kurang daripada 6.9% yang diumumkan tahun lalu.

Profesor Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway meramalkan KWSP membayar dividen lebih rendah tahun ini.

“Ekonomi dunia dan tempatan tidak begitu baik tahun lalu,” katanya.

“Saya menjangkakan 5% ke 6% dividen sebagai wajar berdasarkan kepada suasana sukar yang KWSP terpaksa hadapi tahun lalu,” beliau memberitahu FMT.

Katanya, selepas mengambil kira inflasi rendah iaitu sekitar 1% tahun lalu, bayaran dividen yang dijangkakan itu boleh dihormati.

Pong Teng Siew, ketua bahagian penyelidikan di Inter Pacific Securities Sdn Bhd menjangkakan bayaran dividen KWSP pada 2018 kurang daripada 5%.

“Prestasi pasaran ekuit tahun lalu agak lemah dan KWSP tidak akan mempunyai keuntungan luar biasa daripada pelaburan pound sterling UK,” beliau memberitahu FMT.

Tabung simpanan itu, dengan RM800 bilion, bergantung kepada pasaran saham tempatan untuk 60% pendapatan kasarnya.

Lain-lain penyumbang adalah pelaburan dalam bon kerajaan dan sekuriti, di mana risiko dan pulangan adalah rendah.

Pasaran saham Malaysia lemah pada 2018 tetapi pasaran lain lebih buruk.

Pasaran memuncul secara keseluruhannya mengalami kesukaran pada 2018, dengan dana mengalir keluar dari rantau ini.

Kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkat serta perang niaga antara China dan AS menjadi sebab pelabur menarik keluar wang mereka dari pasaran-pasaran yang baru tumbuh itu.

Berdasarkan angka awal dari Institute of International Finance, Inc (IIF) mengenai pasaran memuncul, dana asing mencatatkan AS$195.5 bilion (RM767 bilion) pada 2017 dan AS$173 bilion (RM706 bilion) pada 2018.

Aliran dana pada 2018, bagaimanapun, lebih tinggi daripada AS$149 bilion pada 2016 dan AS$81 bilion pada 2015.

Analisis IIF mengikuti pasaran memuncul di Brazil, Turki, Argentina, Indonesia, India dan China.

Pengaliran keluar itu selari dengan amaun aliran modal lebih rendah ke pasaran memuncul tahun lalu.

Mengikut MIDF Research, ekuiti tempatan dan pasaran bon menyaksikan aliran keluar masing-masing sebanyak RM10.7 bilion dan RM28 bilion tahun lalu.

Perkiraan lebih luas prestasi pasaran wilayah adalah Indeks Pasaran Baru MSCI yang menurun 18% pada 2018.

Bagi Bursa Malaysia, penanda aras FBM KLCI ditutup pada 5,2% lebih rendah pada 2018 pada mata 1,690 sementara indeks stok FBM100 menurun 8.37% serta FBM70 turun 17.43%.

Pertukaran kerajaan memainkan peranan dalam prestasi lemah syarikat-syarikat di Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu-satu sebab memandangkan faktor luaran lebih menyumbang kepada sentimen pelabur yang lemah pada pasaran memuncul secara menyeluruh.

Syarikat-syarikat yang terlibat dengan Bursa Malaysia biasanya adalah yang mempunyai kontrak dengan kerajaan.

Kerajaan baru telah berhentikan kontrak yang telah melambung untuk mengawal tabung kerajaan persekutuan dan memecahkan monopoli.

Pertukaran kerajaan menyaksikan kos MRT2 berkurangan lebih RM1 bilion, fasa ketiga projek LRT kurang hampir separuh daripada RM31 bilion yang dijangkakan, kaji semula RM65 bilion Laluan Rel Pantai Timur dan penangguhan projek kereta api laju RM160 bilion.

Ini selain daripada kontrak perolehanan kontroversi diberi oleh kerajaan sebelum ini, seperti peruntukan untuk sistem imigresen dan naik taraf laluan kereta api.

Keputusan kerajaan memecahkan monopoli melibatkan beberapa syarikat kaitan kerajaan. Paling terkesan adalah syarikat yang beroperasi dalam industri telekomunikasi seperti Telekom Malaysia Bhd dan Axiata Group Bhd, ketika kerajaan mahu mengurangkan kos menyediakan perkhidmatan jalur lebar.

Oleh itu, penurunan dividen KWSP pada 2018 tidak patut menghairankan.

Malaysia baru perlu lebih banyak langkah lagi sebelum wang mengalir masuk kembali ke dalam ekonomi dan pasaran saham.

Menyalahkan kerajaan baru atas kemungkinan dividen yang rendah ini barangkali bukan penawarnya.