Kesedaran dan pengetahuan berkaitan kepentingan menjalani ujian saringan dan mengenali tanda-tanda dan gejala awal kanser amat penting.

Ini kerana kanser kini menjadi penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat, dengan 3 jenis kanser tertinggi untuk lelaki adalah kolorektal (16.4%), paru-paru (15.8% ) dan nasofaring (8.1%), sementara wanita pula, payudara (32.1%), kolorektal (10.7%) dan serviks (7.7%).

Pada Hari Kanser Sedunia 2019 baru-baru ini yang bertemakan ‘Saya Akan’ dan ‘Saya Boleh’ menyaran semua individu menyuarakan komitmen dalam mengambil tindakan memerangi wabak kanser.

Ketua Eksekutif Kesatuan Kawalan Kanser, Dr Cary Adams berkata, penyakit kanser boleh disembuhkan jika ia dikesan dan dirawat segera.

Jika kanser dikesan pada peringkat awal, ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan berjuta-juta kematian di seluruh dunia.

Apa yang anda perlu lakukan untuk mengesan kanser?

1. Pengesanan dan pemerikasaan awal

Pengesanan, pemeriksaan, dan diagnosis awal dapat meningkatkan jangka hayat seseorang untuk hidup lebih lama. Penyakit kanser boleh dikesan pada peringkat awal. Apabila kanser dirawat dengan rawatan yang sesuai, peluang untuk hidup melebihi 5 tahun secara mendadak lebih tinggi daripada jangka hayat yang diberikan oleh doktor.

Di Amerika Syarikat, kadar kelangsungan hidup selama 5 tahun untuk wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks pada tahap lanjut hanya 15%, berbanding 93% jika didiagnosis awal semasa sel kanser tidak merebak ke seluruh badan.

Di India, kajian menunjukkan, dalam kalangan wanita luar bandar yang mempunyai kanser serviks didapati hidup 5 tahun. Apabila seseorang didiagnosis pada tahap 4, ia meningkat sehingga 78%.

2. Pengesanan awal, pemeriksaan, dan diagnosis menjimatkan wang

Diagnosis awal juga boleh mengurangkan kos rawatan dengan ketara. Kajian di negara berpendapatan tinggi menunjukkan kos rawatan pesakit kanser yang didiagnosis awal adalah 2 hingga 4 kali lebih murah daripada merawat mereka yang didiagnosis dengan kanser tahap 4.

Apakah penyebab seseorang tidak dapat merawat kanser?

3. Halangan individu bagi pengesanan awal dan pemeriksaan

Semua orang terdedah kepada halangan fizikal, psikologi, atau sosioekonomi bagi membuat pengesanan awal kanser. Halangan yang dihadapi oleh seseorang individu adalah dari segi faktor umur, jantina lelaki, mempunyai perasaan malu dan tiada kesedaran kesihatan.

Umur boleh mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami gejala awal kanser. Bagaimanapun, kanser-kanser yang menyerang kanak-kanak pada umumnya boleh dirawat. 80% kanser yang dihidapi kanak-kanak dapat disembuhkan jika didiagnosis segera dan rawatan diberikan.

Perasaan malu dan ketakutan, digabungkan dengan kesedaran kesihatan dan kepercayaan adalah satu budaya yang kurang baik. Ia juga boleh menghalang seseorang daripada mendapatkan rawatan perubatan atau program saringan.

Pada tahun 2018, laporan UK mendapati 1 daripada 4 orang tidak mendapatkan rawatan perubatan selepas mendapat gejala kanser.

4. Halangan sistem kesihatan untuk pengesanan awal, pemeriksaan dan diagnosis

Terdapat juga peluang untuk meningkatkan kesedaran di kalangan doktor, jururawat, dan pengamal kesihatan lain untuk meningkatkan pengesanan kanser pada peringkat awal. Di UK, kajian mendapati kebanyakan orang menunjukkan tanda-tanda kanser di peringkat penjagaan utama sebelum didiagnosis kanser.

Di negara kurang membangun, seseorang doktor mengesan pesakit mereka menghidap kanser tetapi sistem yang sangat lemah dan terhad menghalang mereka untuk merujuk pesakit kepada perkhidmatan patologi untuk menjalani ujian dan rawatan kanser.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]