5 terbunuh dalam rempuhan himpunan politik di Nigeria

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari.

LAGOS: Rempuhan yang berlaku dalam satu himpunan politik menyokong pemilihan semula Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, Khamis, mengorbankan 5 orang dan mencederakan ramai yang lain di timur negeri Taraba.

Menurut agensi berita Xinhua yang memetik Dorcas Philemon, jurucakap hospital pakar negeri itu, yang menerima mayat korban, mengesahkan kejadian itu kepada pemberita di Jalingo, ibu negeri Taraba.

Siaran televisyen dan imej di sosial media menunjukkan ribuan orang berhimpun di stadium di Jalingo bagi menunjukkan sokongan kepada Buhari dalam acara kempen yang dihadiri ahli politik kanan.

Buhari dalam satu kenyataan, merakamkan rasa sedih beliau atas kejadian yang mengorbankan nyawa itu.

Beliau turut menyuarakan penghargaan atas sokongan yang diterima dari seluruh negara, sekali gus meminta penyokong mengawal diri bagi menghindari kejadian serupa daripada berlaku, selain menggesa pengurusan khalayak lebih baik di tapak perhimpunan.

“Saya mahu mereka selamat dan menyaksikan dividen daripada pentadbiran kerajaan Kongres Progresif (APC) apabila mereka memperbaharui mandat kami,” katanya.