Seorang selebriti Youtube dari Indonesia kini mempunyai lebih 10 juta pengikut sejak beliau membuka akaun Youtube pada 2016.

Muhammad Attamimi “Atta” Halilitar merupakan selebriti media sosial dari Indonesia sekaligus menjadi orang pertama yang dinamakan di Youtube mendapat paling ramai pengikut di Asia Tenggara menerusi laman sosial itu.

Atta mendapat tahu dirinya memperoleh lebih 10 juta pengikut sejak 5 Februari yang lalu.

Menurut laporan media Indonesia, Atta mula bergiat aktif dalam saluran videonya sejak tahun 2016.

Muhammad Attamimi “Atta” Halilitar.

Walaupun baru-baru ini, Atta dilihat terbaring di hospital menerusi satu posting di Instagram miliknya kerana keletihan, namun beliau tetap berterima kasih kepada semua pengikut setia dengan pencapaiaan berkenaan.

Youtube merupakan laman web sosial kedua paling popular di internet.

Ramai mendapat keuntungan melalui Youtube termasuklah artis yang memuat naik video mereka melalui saluran itu.

Atta aktif memuatnaik vlog, wawancara dengan selebriti dan lawatan rumah selebriti di saluran YouTube miliknya.

Atta juga sering berkongsi mesej semangat tidak menyerah dan kisah bagaimana dia membina kerjayanya dari sifar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]