Sebagai seorang Muslimah, tampil sopan dan menutup aurat itu adalah satu kewajipan. Begitu juga dalam berfesyen, seorang Muslimah disarankan bergaya mengikut syarak dan tidak berlebihan.

Jika anda berkunjung ke negara Jepun, tetapi tidak berpeluang mengenakan kimono kerana tidak menutup aurat. Kini anda tidak perlu risau lagi.

Di Kyoto, Jepun terdapat sebuah kedai yang menawarkan kimono untuk disewa berserta tudung yang dipadankan dengan kimino pilihan hati.

Menariknya, pasti anda semua tidak sabar nak menggayakan kimono walaupun bertudung.

Ini kerana, rakyat Malaysia sekarang gemar melancong ke Jepun.

Sebuah syarikat sewa kimono memberikan anda pengalaman menggayakan kimono dengan lebih cantik dan keyakinan.

Di sini, terdapat 20 pilihan warna kimono ditawarkan yang sesuai dipadankan dengan warna kimono pilihan mengikut kesesuaiaan warna kulit seseorang.

Bagi anda yang ingin menyewa kimono, harganya adalah 2,900 Yen (RM107) dan bagi yang bertudung, 300Yen (RM11).

Kepada anda yang akan melancong ke Kyoto, singgahlah ke Yumeyakata untuk menyewa kimono yang serasi dengan tudung anda.

Selepas ini tidak perlu cemburu dengan orang yang memakai kimono, kini anda yang bertudung juga boleh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]