Harga petrol naik 4 sen, diesel kekal

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan 4 sen seliter bermula tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga diesel kekal pada RM2.18 seliter.

“Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Harga baru itu berkuatkuasa mulai esok sehingga 15 Februari ini.