Gambar Bernama.

Dengan adanya tarikan baru, industri pelancongan Malaysia dijangka mempunyai kelebihan untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong berbanding negara lain di rantau ini.

Malaysia kini rancak mempelbagaikan “produk baru untuk pelancong” agar dapat mencapai sasaran pertumbuhan perolehan dan pelancong asing.

“Amat penting untuk Malaysia mengekalkan daya persaingan di Asia Tenggara dan mempunyai produk baru bagi menarik lebih ramai pelancong asing, “ kata Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika ditemui pada Pesta Industri Pelancongan di India baru-baru ini.

Beberapa tarikan baru dibuka beberapa tahun kebelakangan ini dan lebih banyak akan bersedia menerima pelancong dalam beberapa bulan akan datang.

Sea Life Malaysia di Legoland Malaysia Resort dijadual dibuka pada April depan sementara Desaru Coast pula akan membuka hotel mewahnya tahun ini.

Lokasi tarikan baru ini di Johor akan mendapat manfaat daripada hubungan udara antarabangsa menerusi Lapangan Terbang Changi Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menampung pelancong berkeluarga dan mereka yang mahukan percutian mewah.

Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah dan Langkawi sebagai tempat percutian romantis sudah dikenali dalam peta pelancogan global sementara Pulau Pinang yang hebat dengan warisan makanan tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sabah dan Sarawak juga tidak kurang hebatnya dengan tarikan pelancong terutamanya di kalangan mereka yang cintakan alam sekitar.

Bakhtiar percaya Malaysia perlu menggunakan kemajuan teknologi untuk memperluaskan promosi negara ini kepada kumpulan pelancong baru di China, India, Korea Selatan, Jepun dan Australia. Tumpuan juga perlu diberi kepada potensi pelancong dari Indonesia, Thailand, Filipina dan dalam kalangan ASEAN.

Sektor pelancongan Malaysia yang menyediakan penggajian untuk 3.4 juta orang mempunyai potensi besar untuk meraih lebih banyak peluang selaras dengan matlamat Malaysia menarik 30 juta pelancong asing menjelang 2020 dan menjana pendapatan RM100 bilion.

Program inap desa merupakan satu bidang yang dapat memikat hati pelancong asing yang mahu mengenali negara ini dengan lebih dekat melalui melakukan kegiatan harian pemilik inap desa berkenaan.

Menurut Bakhtiar Malaysia mempunyai kira-kira 4,000 pemilik inap desa yang menawarkan pelbagai pengalaman kehidupan desa dan ekopelancongan.

Sekiranya bidang inap desa uni dikembangkan ia akan dapat meningkatkan daya keusahawanan serta mewujudkan infrastuktur pengangkutan yang lebih baik di di samping akses internet di kawasan luar bandar.

“Apabila peluang pekerjaan diwujudkan di luar bandar, ini dapat mengurangan migrasi ke kawasan bandar, “ katanya.

Menteri itu menambah pelancong dari China dan India tidak lagi hanya bertumpu kepada pusat percutian di Genting Highlands dan Langkawi.

Semakin ramai, katanya, mahu menikmati udara segar serta keindahan semula jadi. Pengalaman sedemikian boleh menarik perhatian pelancong dari bandar-bandar besar di India yang kini bergelut dengan pencemaran udara.

Pelancong dari Korea Selatan menunjukkan minat yang lebih bertumpu kepada kesenian, kebudayaan serta kraftangan tempatan. Bakhtiar berkata lebih banyak promosi untuk tarikan-tarikan itu perlu dilakukan.

“Pelancongan kebudayaan adalah bidang yang diberi keutamaan. Kami sedang mengambil langkah untuk merancakkan beberapa tapak arkeologi. Kita juga perlu mempunyai catatan kisah tempat-tempat warisan, mengembangkan muzium dan galeri, “ katanya.

Projek-projek besar seperti pembangunan Desaru Coast dan Legoland, yang direka bentuk untuk keluarga datang melancong di samping pelancong yang gemar bermain golf, majlis korporat serta destinasi perkahwinan.

Dalam beberapa bulan akan datang penginapan mewah Desaru Coast akan dibuka iaitu Hotel Westin, the One&Only resort serta Anantara resort.

Dengan kemudahan 2 padang golf, taman tema air, komplek membeli-belah, Hard Rock Hotel dan pusat persidangan, Desaru Coast dijangka muncul sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka Asia Tenggara.

“Kami akan menjadi hab untuk majlis perkahwinan, majlis perniagaan dan pelancongan. Kemudahan hubungan pengangkutan udara yang ada akan memudahkan pelancong ke sini,” kata Roslina Arbak, ketua pegawai eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]