Restoran berkonsep makanan Itali bukanlah baru di Malaysia, apatah lagi di Lembah Klang.

Namun ada sahaja kelainan yang terus dipamerkan sehingga menjadi restoran pilihan yang dilawat berkali-kali.

Baru-baru ini, kunjungan ke restoran Nicolinis terus “lekat” kerana keenakan masakan Itali yang menepati citarasa di samping harganya yang sangat berpatutan.

Menarik lagi, selain menawarkan makanan di premis itu, ia juga menyediakan khidmat penghantaran ke pintu rumah anda.

Cuma, syaratnya anda tinggal di sekitar kawasan Tropicana di Petaling Jaya, di mana Nicolinis beroperasi.

Datuk Zaid Ibrahim dan isteri beliau, Datin Suliana Shamsuddin.

Demikian konsep yang dibawa oleh pemilik restoran Nicolinis, Datuk Zaid Ibrahim dan isteri beliau, Datin Suliana Shamsuddin.

Dua sebab yang membawa mereka duduk bersama-sama di Nicolinis sebagainya pemilik, untuk menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia menikmati masakan Itali yang lazat tanpa perlu “mengadaikan apa-apa” dan menyalurkan sebahagian hasil perniagaan kepada badan amal yang beroperasi di Kota Bahru, Kelantan.

Nicolinis yang terletak di Merchant Square, Petaling Jaya menjadi tempat makan berkonsep sederhana, tetapi menjamin kualiti “5 bintang”.

Bercakap kepada FMT Ohsem, pasangan itu menjelaskan Nicolinis yang beroperasi sejak lebih dari 2 bulan lalu mendapat respon menggalakkan dari pelanggan sekitar.

“Kami cuba menjadikan makanan Itali lebih berpatutan dan tumpuan utama kami adalah untuk penghantaran,” kata Zaid, menjelaskan strategi itu lebih rasional kerana membolehkan mereka mengurangkan kos operasi, yang menyebabkan kenaikan harga pada makanan di kebanyakan kedai makan.

Oleh itu, pihaknya mengenakan rekaan dalaman yang minimal, tidak banyak melabur dalam peralatan makan yang mahal dan memilih untuk berbelanja untuk aspek yang lebih penting seperti bahan-bahan berkualiti dan perkhidmatan penghantaran yang cekap.

“Kami berharap dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran, Nicolinis akan menjadi lebih popular dan mudah dikenali,” kata Zaid, sambil menambah, lebih berjaya restoran itu, lebih banyak yang mereka boleh salurkan kepada badan amal mereka.

Apabila ditanya jika Zaid sendiri bijak mengendalikan dapur, tanpa berfikir panjang beliau berkata, “Saya suka makan.”

Suliana pula akui mereka berdua sememangnya penggemar makanan Itali.

“Kami suka pergi ke restoran makanan Itali dan menikmati makanan seperti pasta, piza dan sebagainya. Asalkan ‘simple’ dan tidak terlalu rumit serta sihat,” kata Suliana.

Beliau menjelaskan makanan Itali yang menjadi pilihan penduduk bandar ialah sama ada makanan segera atau ke restoran mewah. Ia, katanya meninggalkan jurang yang luas untuk permintaan makanan Itali yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

“Jadi Nicolinis berada di antara kedua-dua pilihan itu dengan menawarkan makanan Itali yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya

FMT Ohsem juga mendapati mereka mempunyai pilihan yang mengujakan bagi pilihan pasta dan piza.

Menu penghantaran menunjukkan roti bawang putih yang rangup, masin dan kaya dengan mentega dengan beraroma bawang putih yang hanyalah berharga RM5.

Bruschetta dengan topping tomato dan basil adalah pemula yang menyegarkan dan sempurna boleh dinikmati disini.

Roti bawang putih.
Bruschetta dengan topping tomato-basil.

Pizza Nicolinis disediakan dengan cara Itali sebenar. Jadi anda tidak perlu risau beban karbohidrat dari kerak tebal. Kerak piza yang disediakan di sini semuanya nipis dan rangup, menawarkan limpahan keju kegemaran – mozzarella.

Antara piza kegemaran dalam kalangan pelanggan ialah Pizza Pepperoni Nicolinis (RM28) yang dibuat dengan sos pizza, dan daging lembu pepperoni dan mozzarella.

Pizza Pepperoni.

Jika anda vegetarian, anda juga ada pilihan Pizza Margherita Nicolinis (RM22) dengan topping sos pizza, mozzarella dan basil atau Pizza Mushroom (RM28) dengan sos pizza, mozzarella dan cendawan.

Pizza cendawan.
Piza Empat Musim. 

Bagi yang mahukan kepelbagaian citarasa, pilih Piza Empat Musim (RM30) dengan setiap kuadran diisi engan ayam bakar, bacon daging lembu, cendawan dan buah zaitun.

Piza di sini sememangnya antara yang wajib dicuba kerana menawarkan pengalaman kulinari yang mengujakan bagi penggemar makanan Itali yang sebenar.

Sekiranya anda lebih cenderung kepada pasta, Nicolinis tidak akan menghampakan anda.

Spaghetti Aglio dan Olio (RM18), pada dasarnya adalah pasta yang digoreng menggunakan minyak zaitun dara, bawang putih panggang dan serpihan cili.

Sekiranya anda mahukan kelainan, Nicolinis menyediakan versi dengan kerang yang akan memuaskan keinginan makanan laut.

Spaghetti Aglio dan Olio dengan kerang.

Bagi mereka yang mendambakan pilihan “kaya dan berkrim”, Spaghetti Carbonara Nicolinis tentu sekali jadi pilihan.

Spaghetti Carbonara.

Pencinta daging lembu, anda wajib pilih Lasagna daging lembu (RM24) – lapisan demi lapisan pasta buatan sendiri, daging lembu Bolognese dan mozzarella, dibakar ketuhar untuk kesempurnaan.

Lasagna daging lembu.

The Chicken Parmigiana (RM25) adalah pilihan lain yang mesti cuba. Daging dada ayam yang rapuh, dihiasi dengan sos pizza, pecahan mozzarella cair dan dipanggang dalam ketuhar panas. Dengan hidangan sampingan salad, cukup melengkapkan dan memuaskan.

Chicken Parmigiana.

Restoran ini juga menyajikan stik, dan beberapa hidangan makanan laut lazat yang tidak termasuk dalam menu penghantaran rumah.

Selain penghantaran ke rumah, Nicolinis juga mengkhususkan perniagaan katering untuk tempahan majlis kecil mahupun acara besar.

Nicolinis
A-G-12, Merchant Square
Jalan Tropicana Selatan 1
PJU 3
47410 Petaling Jaya
Selangor

Operasi waktu penghantaran: 12pm-9.30pm

Tel:

010-894-1800

016-947-3310

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]