Kepada yang menonton televisyen lebih sejam setiap hari tanpa bergerak, berhati-hatilah kerana ia akan meningkatkan peratusan untuk menghidap kanser usus menurut satu kajian.

Menurut laporan jurnal JNCI Cancer Spectrum, jika anda menonton television tanpa henti, ia boleh meningkatkan risiko kanser usus sehingga 12% dalam tempoh sejam dan meningkat kepada 70% jika menonton television selama 2 jam ke atas.

Penemuaan ini dibuat oleh satu pasukan yang diketuai oleh Dr. Long Nguyen di Hospital Besar Massachusetts dan Sekolah Perubatan Harvard. Analisis itu melibatkan masa tontonan televisyen dan tingkah laku tidak aktif ke atas 89,278 responden wanita di Amerika Syarikat.

Kajian turut dibuat kepada jururawat yang berumur di antara 25 hingga 42 tahun dilakukan pada tahun 1991. Ia adalah kali pertama tingkah laku tidak aktif dikenal pasti sebagai penyumbang kepada peningkatan mendadak kes kanser dalam kalangan penghidap berumur bawah 50 tahun.

Pada tahun 2018, terdapat sekurang-kurangnya 1.8 juta kes baharu kanser kolorektal (usus besar) dilaporkan di seluruh dunia.

Seramai 881,000 penghidap mati akibat kanser itu pada tahun sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]