Gambar Instagram.

Seorang wanita Malaysia memilih untuk menjadi pemain poker sepenuh masa meninggalkan kerjaya lama dalam bidang professional tidak sia-sia apabila menjadi pemain poker wanita ke-25 terbaik di dunia.

Natalie Teh Siew-po dari Kuala Lumpur sebelum ini adalah salah seorang krew terawal iFlix namun memutuskan meninggalkan perkerjaan itu demi menjadi pemain poker professional.

Dia dikatakan mula bermain poker secara professional sejak 7 bulan yang lalu dan kini menjana pendapatan sekitar RM610,000 (USD150.000).

Menurut laporan South China Morning Post, Natalie hanya mahu mengambil cuti pendek bagi merancang hala tuju kehidupannya.

“IFlix memang menyeronokkan tetapi saya tidak mahu berkerja sebuah syarikat sepanjang hidup. Saya ibarat mengambil cuti sementara untuk merehatkan minda dan mengembara sambil bermain poker sebelum membuat keputusan mengenai masa hadapan.

“Saya telah melakukan sedaya upaya untuk bekerja sebelum ini,” katanya.

Natalie turut mengimbas momen dia terlibat dengan dunia poker ini.

“Sebagai seorang berbangsa Tionghua, saya kerap bermain poker di rumah bersama-sama kawan di universiti.

“Beberapa orang pernah memberitahu pekerjaan sebagai pemain poker professional adalah sangat mudah dan anda hanya berseronok sepanjang masa bermain dan hidup dalam dunia glamor.

“Tetapi, ini semua salah faham mengenai permainan ini. Ramai orang tidak tahu, kita perlu meluangkan masa berjam-jam untuk bermain. Semasa pertandingan, kami bermain poker bertahan sehingga 12 jam, dan adakalanya 15 jam sehari.

“Ini tidak termasuk jumlah jam yang ditambah untuk belajar dan menganalisis sesuatu permainan,” katanya.

Kini Natalie adalah mahu bermain untuk melayakkan diri agar berada di tangga ke-5 bagi wanita untuk Indeks Poker Global(GPI) menjelang hujung tahun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]