Kapal tentera Malaysia selesai beraksi di Laut Arab

(Gambar Bernama)

KARACHI: Kapal Diraja (KD) Mahawangsa dan KD Kasturi tentera laut menyertai beraksi di Laut Arab sempena Latihan Aman 2019 yang berakhir hari ini.

Dua aset itu antara 21 kapal dari 11 negara yang menyertai latihan maritim pelbagai negara anjuran tentera laut Pakistan sejak 8 Februari lalu.

Keseluruhannya 45 negara menyertai Aman Exercise 2019.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk demonstrasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal, tembakan roket, tembakan di permukaan ke sasaran khas di laut serta lintas udara aset tentera Pakistan.

Latihan Aman dibahagikan kepada fasa aktiviti di pelabuhan dan latihan di laut bertujuan membangunkan tindak balas, taktik, teknik dan prosedur untuk berhadapan ancaman bukan tradisional, selain meningkatkan kerjasama tentera laut terbabit.