Tubuh badan memerlukan sumber makanan yang kaya nutrisi untuk kesihatan yang optimum.

Nutrisi yang tinggi penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang mampu melindungi diri daripada diserang penyakit.

Antara nutrisi tersebut termasuk vitamin, mineral, lemak, karbohidrat, protein, dan fitonutrien.

Menurut pakar nutrisis NYU Langone Health, Samanta Heller, sayuran atau buah berasaskan warna menawarkan sumber nutrisi tertentu. Ini juga akan memudahkan pengambilan makanan berkhasiat sekaligus menyediakan khasiat lengkap.

Anda cuma perlu memastikan agar mengambil makanan berwarna-warni setiap hari sebagai rutin kesihatan harian.

Berikut disenarai beberapa makanan berwarna yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seperti yang dipetik di CNN Health.

1. Warna merah, oren dan kuning.

Makanan berwarna merah, oren, dan kuning memiliki kandungan vitamin C tinggi yang mana meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

“Vitamin C membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh selain memiliki banyak antioksidan dan fitonutrien,” ujar pakar nutrisi Deddie Fatakhov.

Buah sitrus dan tomato antara sumber utama vitamin C.

Di samping pilihan itu, anda juga boleh memilih makanan lain seperti strawberi, kiwi dan kubis.

2. Sayuran hijau

Tahukan anda, sayuran berwarna hijau kaya dengan nutrisi iaitu kandungan vitamin D? Ia juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga daripada serangan penyakit.

Sayuran hijau ini termasuklah seperti brokoli, kubis, dan sawi. Selain Vitamin D, ia juga mengandungi vitamin C, E, dan K, karotenoid, folat, dan mineral.

“Kelompok sayuran seperti kangkung, kubis, brokoli mempunyai fitonutrien, vitamin, mineral, magnesium,” ujar Fatakhov.

Sayuran hijau juga menurunkan risiko terkena beberapa jenis kanser kerana mengandungi indole-3-carbinol, sebatian anti-racun dan risiko kanser.

3. Warna biru, nila, dan ungu

Anda sukakan warna-warna sejuk seperti biru, indigo dan ungu? Menurut laporan, anda wajib sertakan makanan berwarna ini dalam pemakanan harian kerana ia kaya dengan serat dan antioksidan. Antara makanan tersebut ialah buah kurma, buah ara, dan anggur. Buah-buah ini lebih tinggi kandungan seratnya apabila dimakan dalam keadaan kering.

Selain itu, buah aprikot kering mengandungi 4.7 gram serat, manakala aprikot segar hanya memiliki 1.6 gram serat. Buah kering juga kaya dengan vitamin B folat namun, harus diingat, kandungan gula dalam buah kering juga lebih dominan.

“Ambil 2 atau lebih sumber serat dalam setiap makanan. Serat berasal dari tanaman seperti bayam, epal, gandum, tauhu, kacang buncis, dan kekacang,” kata Heller.

Buah-buahan juga mengandungi banyak air sekaligus berguna untuk menghalang badan dari nyahhidrat.

Lagipun pengambilan buah dan sayur yang pelbagai dalam pemakanan harian amat digalakkan untuk kebaikan menyeluruh termasuk sebagai rejim kecantikan.

Apa tunggu lagi, jom mulakan cabaran makan sayuran berwarna!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]