Tinder merupakan aplikasi gajet pintar untuk mencari pasangan hidup melalui rangkaian GPS yang membolehkan penggunanya melihat profil pengguna dalam jarak yang sama.

Berbeza di United Kingdom (UK), apabila satu aplikasi baru dinamakan Tudder diwujudkan kepada para penternak untuk memudahkan mereka mencari pasangan bagi lembu-lembu ternakan mereka.

Menariknya, aplikasi Tudder berfungsi menggunakan kaedah yang sama seperti Tinder di mana petani dapat melihat profil lembu penternak lain dengan hanya “swipe” ke kanan dan memberi tanda berminat setelah memutuskan imej “calon” yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terperinci dari segi usia, lokasi dan pemiliknya.

Menurut Washington Post, aplikasi tersebut dibangunkan oleh Hectare bagi memudahkan lembu ternakannya mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.

Penternak yang sudah memilih seekor atau sekolompok lembu akan diarahkan ke laman web tertentu sebelum dihubungkan dengan pemilik lembu bagi tujuan tawar-menawar.

Penternak dari Carmartheshire, Marcus Lampard, 76 tahun, memiliki seekor lembu jantan sudah pun mendaftarkannya di aplikasi tersebut untuk mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.

Walaupun tidak bijak menggunakan teknologi masa kini tetapi beliau akui tanpa pengetahuan itu, sukar untuk lembunya mendapatkan pasangan.

Lampard yang menjual lembu jantan di mana-mana pasar terbuka sebelum ini dengan membazir waktu dan tenaga kini berurusan secara mudah menerusi Tudder.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]