Cacat bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Itu mungkin ayat paling sesuai kepada atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau yang berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih pingat emas dalam Kejohanan Powerlifting Para Piala Dunia bagi kategori remaja lelaki yang berlangsung di Dubai.

Bonnie dinobatkan sebagai pemenang selepas berjaya mengangkat berat berjumlah 190kg, meninggalkan pemenang pingat perak, Heleno Victor Silva dari Brazil yang mengangkat 115kg berat.

Manakala pingat gangsa pula dimenangi Beom Jo Seo dari Korea Selatan dengan catatan berat 98kg.

Catatan itu juga menyaksikan Bonnie hampir menambah pingat emas keduanya, namun gagal selepas kurang 1kg berbanding pemenang pingat emas bagi kategori senior dalam acara sama oleh atlet dari Algeria, Hocine Bettir (191 kg).

Sebelum ini, Bonnie pernah mengharumkan nama negara di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta apabila meraih pingat perak bagi kategori lelaki hingga 65 kg dengan menangkat berat 205kg.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]