Drama bersiri Strike Back, yang diadapatasikan daripada sebuah novel, mengisahakan genre aksi penyiasatan kini tampil lagi dengan musim ke-7 yang serba baru.

Menariknya, drama bersiri yang mula ditayangkan sejak 5 Mei 2010 ini mengadakan penggambaran di Malaysia, khususnya sekitar ibu negara termasuk beberapa adegan dirakam sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi musim terbarunya.

Musim baru Strike Back dibintangi Warren Brown, Daniel MacPherson, Alin Sumarwata dan disertai pelawak kelahiran Britain, Jamie Bamber yang memegang watak Kolonel Alexander Coltrane iaitu komander pasukan tentera mengaku teruja menjalani penggambaran di negara ini.

Bamber sebelum ini pernah menjejakkan kaki di Malaysia ketika berusia 18 tahun sebagai backpacker dikatakan melihat banyak perubahan pada kehadiran kali ke-2.

Selain Kuala Lumpur, drama bersiri Strike Back turut menjalani penggambaran di Pulau Pinang dan Johor.

Drama siri Strike Back merupakan siri edaran HBO akan ditayangkan di saluran Cinemax pada setiap Sabtu, pukul 11 pagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]