Gara-gara terlalu kecewa selepas koleksi bonsai berusia 400 tahun hilang, pemilik sebuah nurseri bonsai di Jepun meluahkan perasaan di laman Facebook.

Dalam muatnaiknya itu, pemilik nurseri berkenaan, Fuyumi Limura meminta pencuri yang menceroboh kebunnya agar menjaga pokok kesayangan tersebut sebaik mungkin.

“Saya berharap sesiapa yang mengambil pokok tersebut supaya menyiramnya setiap hari, bonsai jenis Shimpaku hidup selama 400 tahun dan memerlukan penjagaan yang rapi dan hanya mampu bertahan selama seminggu jika tidak disiram,” tulis Fuyumi.

Memetik Washington Post, Fuyumi merupakan generasi ke-5 yang mengusahakan nurseri bonsai hanya menyedari kehilangan 7 pokok hiasan mewah yang mempunyai nilai keseluruhan AS$118,000 (RM481,000) walaupun dipantau 8 kamera litar tertutup (CCTV).

Bagi wanita itu kehilangan pokok bonsai yang paling cantik di dunia itu disamakan dengan kehilangan seorang anak.

Fuyumi yang mengusahakan kira-kira 3,000 bonsai di nurseri itu berkata, pokok bonsai yang hilang itu bagaimanapun mampu kekal hidup lama jika diuruskan dengan sempurana.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]