Beberapa hari yang lepas, saluran radio Fly FM membuka undian sama ada untuk mengekalkan atau menyingkir segmen program panggilan usikan,”Krappi Call” dan lebih 80% mengundi untuk menamatkannya.

Ekoran itu, Fly FM mengambil keputusan untuk menghentikan segmen yang memerlukan joki radio membuat panggilan “misteri” tanpa mendedahkan identiti sebenar bertujuan untuk mengusik pendengar.

Ramai netizen mengaku panggilan usikan tersebut sangat ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai malah menjengkelkan.

Pengguna Twitter, @meetnazrin dalam ruang komen berkata, segmen itu sepatutnya disingkir dari program berkenaan kerana memalukan dan menjengkelkan.

“Kamu semua dari industri media, sekumpulan orang yang kreatif. Tentu anda boleh tampil dengan sesuatu yang segar!” tulisnya.

Manakala @5y3124 pula menulis, “Pada kebanyakan masa, ia tidak lawak pun. Kasihan pada mangsa. DJ pulak ketawa beria-ria. Sangat memalukan. Ketawa pun kadang-kala berbunyi palsu. Ini termasuk kepada semua stesen radio yang pernah atau masih buat perkara ini. Lebih baik buat sesuatu yang ilmiah dan berguna untuk pendengar.”

Bagaimanapun, sekitar 20% netizen yang mengundi agar segmen tersebut dikekalkan kerana berbentuk hiburan serta menjadi pengisi masa lapang.

Tweet daripada @EmirSHendry misalnya mengaku menyukai segmen itu kerana menghiburkan sewaktu pemanduan yang mengantuk. “Terima kasih panggilan Crappy, saya akan merindui segmen ini.”

Selain itu, ramai yang berkata, hanya segelintir “Crappy Call” berunsur kelakar selebihnya seperti tidak membawa apa-apa makna.

Segmen Crappy Call di Fly FM dikendalikan oleh 3 joki iaitu Hafiz, Guibo dan RD sejak beberapa lama menerima kritikan pendengar ekoran pendekatan yang digunakan oleh mereka sewaktu berurusan dengan pendengar dalam panggilan usikan tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]