Siapa pun tak boleh melupakan lagu “Let It Go” dan watak Elsa serta Anna dalam filem animasi muzikal Frozen, sehingga menjadi ikutan ramai khususnya kanak-kanak sehingga ke hari ini.

Belum habis dengan “demam” filem Frozen yang ditayangkan pada 2013, kini Walt Disney melancarkan trailer pertama untuk sekual keduanya. Frozen 2 bakal menemui penonton pada 22 November akan datang di United Kingdom (UK) dan 26 Disember di Australia.

Menurut Guardian.com, sekual 2 dijangka mengisahkan perjalanan Anna, Elsa dan Olaf memasuki hutan demi mencari kebenaran di sebalik misteri di negaranya.

Frozen 2 diarahkan oleh pasukan sama terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang merupakan pengarah asal Frozen.

Bagi peminat animasi Frozen, anda pasti tidak sabar untuk mendengar suara Idina Mazel dan Kristen Bell yang memainkan suara latar bagi watak kegemaran ramai, Elsa dan Anna.

Lebih menarik, animasi Frozen 2 ini dikhabarkan memuatkan 4 buah lagu baru.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]