Harga petrol naik 1 sen, diesel kekal

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan 1 sen seliter bermula tengah malam ini.

Harga RON95 meningkat daripada RM1.97 kepada RM1.98 seliter, manakala RON97 naik daripada RM2.27 kepada RM2.28 seliter.

Bagaimanapun, harga diesel kekal pada RM2.18 seliter.

“Harga purata produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada AS$62 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$73 setong kepada AS$74 setong bagi diesel,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Harga baru itu berkuatkuasa mulai esok sehingga 22 Februari ini.