Gempa 5.4 skala Ritcher gegar barat-laut Papua

Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa kepada penduduk dan kawasan setempat.

JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan barat laut Papua, Indonesia, tengah hari tadi.

Gempa berpusat di 47 kilometer barat laut Jayapura-Papua itu berlaku pada pukul 1.39 tengah hari waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gempa itu tidak menyebabkan berlakunya tsunami.

Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.