Penyokong BN meninggal dunia ketika penamaan calon

Penyokong BN yang meninggal dunia itu dikatakan rebah ketika berarak pada penamaan calon PRK DUN Semenyih.

KAJANG: Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) disahkan meninggal dunia selepas rebah di luar kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoof.

Bagaimanapun, beliau masih menunggu butiran lanjut mengenai kejadian tersebut. Setakat ini, Ahmad Dzaffir dimaklumkan, mangsa adalah sebahagian daripada jentera BN dan meninggal akibat sesak nafas.

“Mayat sudah dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Sri Cempaka.