PPBM masuk Sabah: Warisan dijangka buat kenyataan esok

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

PENAMPANG: Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking menyerahkan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membuat kenyataan berhubung kemasukan PPBM ke Sabah.

Beliau berkata Shafie, yang juga ketua menteri Sabah, dijangka membuat kenyataan berhubung perkara itu esok.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, bahawa parti itu bersetuju menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota Umno Sabah menyertainya.

Terdahulu, Darell, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, merasmikan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Sabah di sini, hari ini.

Katanya, tiada sebarang pertemuan diadakan antara Shafie dan anggota Majlis Tertinggi Warisan setakat ini, namun, pada kebiasaannya perjumpaan antara pemimpin tertinggi parti diadakan setiap Sabtu dan Ahad.