Putera Mahkota Arab Saudi tunda lawat Malaysia

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Wisma Putra hari ini mengesahkan penangguhan lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke Malaysia dan Indonesia.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan beliau telah bercakap dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al Jubeir.

Terdapat mesej yang tersebar memaklumkan Putera Mahkota kesal kerana terpaksa menangguhkan lawatannya ke Malaysia dan Indonesia ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

Mesej itu juga menggesa semua pihak dan agensi yang berkaitan maklum berhubung pengumuman tersebut.