Tentera Israel serang penduduk Palestin dalam Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa terletak di bandar Baitulmaqdis.

BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada petang Selasa menyerang penganut agama Islam Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa di bandar Baitulmaqdis yang didudukinya, menyebabkan ramai mangsa cedera sebelum menahan yang lain, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan saksi.

Serangan berlaku berhampiran pagar Al-Rahma masjid itu, menurut saksi tanpa menyatakan jumlah tentera Israel yang terlibat dalam insiden tersebut.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata pasukannya merawat seorang mangsa yang cedera dalam serangan itu ketika dia dibawa ke hospital, namun tidak memberikan butiran lanjut.