69 maut dalam kebakaran di Dhaka

Insiden kali ini adalah kedua terburuk di bandar itu dalam tempoh 9 tahun, selepas kebakaran pada 2010 mengorbankan 124 orang. (Gambar AFP)

DHAKA: Jumlah korban insiden kebakaran di sebuah bangunan lama di Dhaka, Bangladesh meningkat 69 orang dengan ramai lagi dilaporkan cedera, demikian menurut pegawai perkhidmatan bomba pada Khamis.

Mahfuz Riven, pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Dhaka berkata kepada agensi berita Xinhua, kesemua mayat mangsa ditemui, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Rabu dipercayai akibat letupan silinder gas dan api kemudian merebak ke beberapa buah rumah di kawasan kediaman Chawkbazar yang padat dengan penduduk.

Sejumlah 37 unit Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam bertungkus lumus memadamkan api, kata pegawai itu.

Di Bangladesh kejadian kebakaran sering berlaku disebabkan keadaan bangunan yang sudah lama dan tidak diselenggara dengan baik menyaksikan ratusan nyawa terkorban.

Insiden kali ini adalah kedua terburuk berlaku di bandar itu dalam tempoh 9 tahun, selepas kebakaran pada 2010 yang mengorbankan 124 orang.